Tuesday, March 30, 2010

MEMPERTAHAN KONTRAK SOSIAL

Orang Melayu sedar bahawa zaman berubah, cabaran-cabaran juga berubah dan semestinya memerlukan cara-cara baru untuk sentiasa kekal dalam sesuatu masa dan zaman.

• Namun begitu, ianya tidak sama sekali harus mengorbankan semua yang lama atau yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin sederhana Perikatan (UMNO/ MCA/ MIC) semata-mata untuk mengakomodasi atau memenuhi tuntutan generasi baru.

Generasi pelapis mesti memiliki deria sejarah yang peka dengan mempertahankan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan segala yang telah dipersetujui oleh pengasas kemerdekaan dahulu tanpa cuba merombak keseimbangan politik yang telah terwujud lama.

• Menerangkan dengan yakin bahawa intipati kemerdekaan dan semangat pembentukan Malaysia adalah berteraskan politik pemuafakatan dan tawar menawar.

MEMBINA TAMADDUN


• Kita berada dalam satu zaman yang bergerak pantas dengan arus global yang sentiasa bergolak dengan pertembungan idea dan persaingan kuasa pada skala yang belum pernah terjadi di dalam sejarah dunia.

• Melayu adalah bangsa dinamik yang telah meluaskan jalur sempadan sejak berzaman dan telah punya budaya dan tamadun yang berusia lebih 2000 tahun, tetapi penjajahan selama 446 tahun telah menenggelamkan segala kegemilangan silam, sehingga sekarang (selepas 50 tahun merdeka) kita masih mencari apakah nilai yang mencerminkan bangsa Melayu kepada dunia luar.

Tamaddun Melayu tidak bermula dengan kemerdekaan tanah air. Tradisi kesarjanaan dan keilmuan tidak bermula dengan tertubuhnya universiti pertama di negara ini. Orang Melayu telah membuktikan keunikan, kehebatan dan nilai geniusnya dengan mempunyai sejarah yang panjang dan gemilang serta penuh warna warni.

• Jepun terkenal dengan teknologi yang bermutu tinggi dan budaya kerja yang menakjubkan. Amerika Syarikat dengan kehebatan ilmu dan kuasa ketenteraan. China, jaringan ekonomi seantara dunia. Korea, kekuatan ekonomi digital dan industri elektronik dan terbaharu Vietnam, dengan transformasi dan kekuatan jati diri.

Maka, orang Melayu mesti membina tamadun untuk 50 tahun mendatang dengan kekuatan dan jati diri yang terbentuk dari sejarah, nilai budaya, kekuatan bahasa, kekuatan minda dan terpenting kekuatan agama.

• Bahasa Melayu mesti terus dijadikan asas kepada pembinaan tamaddun Melayu yang berilmu dan berteknologi tinggi kerana bahasa akan membentuk jiwa bangsa ini. Khazanah unggul bahasa Melayu mesti disebarkan luar di nusantara.

Mengenalpasti kaedah pembentukan lima (5) minda masa depan iaitu minda berdisiplin, minda sintesis, minda kreatif, minda menghormati dan minda beretika serta penerapan teknologi moden di dalam budaya Melayu dengan memperluaskan penggunaan istilah-istilah sains dan teknologi supaya tersebar luas dan digunapakai oleh media massa.

• Menjadikan Malaysia sebagai hub kepada segala ilmu Islam moden yang digunapakai di dalam perkembangan teknologi, perdagangan dan sistem ekonomi dunia dengan memperluaskan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dengan IPT Islam sluruh dunia, termasuk IPT yang terbentuk di Barat.

Menguatkan jaringan ekonomi dan sosio budaya di kalangan dunia Islam serta membuka peluang seluasnya kepada penyertaan dunia Islam di dalam rancangan pembangunan Malaysia termasuk dalam program-program pembangunan WPI, NCER dan ECER.

MELAYU mempunyai sejarah yang panjang. Bermula lama sebelum sejarah kegemilangan MELAKA. Melayu adalah bangsa pedagang dan pelayar. Dihormati dan dikagumi sehingga suatu ketika Maharaja Cina mengirimkan Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan MELAKA

No comments:

Post a Comment

Post Your Comment Here..