Wednesday, March 31, 2010

ERA PENJAJAHAN - JADIKAN IKTIBAR DARI PERSENGKETAAN


JANGAN FIKIR ENTENG... KOTA YANG KUKUH AKAN ROBOH KERANA SILAP MELAYU SENDIRI...











Kesultanan dan Kerajaan Melayu Melaka berakhir. Istana Sultan dirobohkan oleh Portugis. Sebuah kota, A Famosa, yang teguh dibena oleh Portugis berhampiran tapak istana Sultan Melaka.

PORTUGIS MENGUASAI MELAKA SELAMA 130 TAHUN
Kubu Portugis diserang bertubi-tubi oleh orang Melayu yang dipimpin oleh Sultan Mahmud Shah, Laksamana Hang Nadim (anak Hang Tuah), angkatan Johor, angkatan Aceh, angkatan Japara, Perak dan lain-lain. Kubu tersebut begitu kebal dan tidak dapat dikalahkan.

Orang Belanda yang telah bertapak di Pulau Jawa juga ingin menguasai Melaka. Perperangan yang melibatkan kapal perang Portugis dan Belanda pun terjadi
Belanda merampas Melaka dari tangan Portugis pada 1641 DENGAN BANTUAN ORANG MELAYU.

Apabila orang Belanda menguasai Melaka, orang Melayu Johor yang membantu mereka itu diupah menggunakan harta rampasan Portugis. Orang Melayu Johor merasa terhutang budi pula terhadap “kebaikan hati’ orang Belanda di Melaka.

KEMUDIAN
DATANG PULA
INGGERIS
Setelah Melaka jatuh ke tangan kuasa Portugis dan Belanda sejak 1511, Pulau Pinang pula dikuasai Inggeris mulai 1786.
Sementara itu bilangan pedagang China semakin bertambah di Melaka.

1816 : INGGERIS membuka sekolah Inggeris di Tanah Melayu

1856 : Barulah sebuah sekolah Melayu dibuka

40 TAHUN MELAYU TERTINGGAL DARI PENDIDIKAN RASMI

Tahap pertama dalam sejarah penghakisan ketuanan di Tanah Melayu oleh kuasa Portugis dan Belanda ini berlangsung selama 313 tahun.

Syarikat Hindia Timur Inggeris mula bertapak di Pulau Pinang pada 1786

Dalam masa yang sama, Kerajaan Siam juga ingin supaya Kerajaan Melayu yang lain, terutamanya Kedah, Kelantan dan Terengganu tunduk kepadanya.Bijih Timah di Tanah Melayu menjadi rebutan. Dalam perebutan ini, penglibatan orang Melayu dalam kegiatan perlombongan telah tersekat dan terpinggir.
Di Negeri Perak, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim, pembesar Melayu yang telah sekian lama menjalankan usaha melombong bijih timah, telah terpinggir.
Malah, perebutan kawasan perlombongan ini telah menmencetuskan pergaduhan yang sengit
Pergaduhan ini dijadikan alasan oleh Inggeris untuk menjajah Tanah Melayu


Perjanjian Pangkor 1874 antara Inggeris dengan Sultan Perak memulakan penjajahan Inggeris secara langsung ke atas negeri-negeri Melayu: Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang


Pada masa pergaduhan merebutkan kawasan perlombongan, Yap Ah Loi membantu Tengku Kudin, seorang pembesar Melayu di Selangor

Apabila Tengku Kudin memenangi pergaduhan ini, Yap Ah Loy telah dilantik menjadi Kapitan Cina di Kuala Lumpur .
Kemudian, Yap Ah Loy telah dilantik menjadi anggota Majlis Pentadbiran Negeri Selangor.



Tuesday, March 30, 2010

KERAJAAN MELAYU TELAH LAMA WUJUD DI ALAM MELAYU





FUNAN . CAMPA . LANGKASUKA . KATAHA . HO-LO-TAN . PATANI . SRIVIJAYA . SAILENDRA . MAJAPAHIT . PASAI . MELAKA . RIAU LINGGA . BENTAN . MATARAM . ACHEH .

MELAKA DIBUKA OLEH PARAMESWARA PADA 1400

Pada 1396, Parameswara dan para pengikutnya telah mengundurkan diri dari Temasik kini Singapura) lalu meneroka ke kawasan Muar, Sungai Ujung dan akhirnya membuka petempatan baru di Bertam, Melaka.

Kerajaan Melayu Melaka diperintah oleh Sultan Dengan Bantuan

BENDAHARA
PENGHULU BENDAHARI
TEMENGGUNG
LAKSAMANA

Tanah Melayu telah menghadapi cabaran sejak lebih daripada 500 tahun lampau.

Cabaran pertama datangnya ketika Melaka diserang oleh angkatan Siam pada 1447. Ketika itu Melaka diperintah oleh Sultan Muzaffar Shah. Angkatan Siam ini dapat dikalahkan. Sebelum ini Siam telah pernah menggugat Melaka sejak zaman pemerintahan Parameswara lagi.

Kedudukannya yang baik dan kekayaan sumber semula jadinya menjadikan Alam Melayu kawasan rebutan kuasa-kuasa asing.

Pedagang Eropah berniaga lada hitam dan rempah lain yang sangat laris ketika itu


Kerana rempah, Nusantara dijajah








MELAKA DILAWATI PEDAGANG PORTUGIS PADA 1509

PORTUGIS INGIN MENGUASAI PELABUHAN MELAKA KERANA KEPENTINGAN PERNIAGAAN DAN KEKAYAAN SUMBER ASLINYA.
Sambil berdagang, orang Portugis mengugut Sultan dan Kerajaan Melayu Melaka pada 1509.

Pada mulanya LAKSAMANA HANG TUAH, Bendahara, dan pembesar Melayu berjaya menyelamatkan Kerajaan Melayu Melaka.
(Menurut Hikayat Hang Tuah
Angkatan Portugis datang lagi dengan tujuan untuk menawan pelabuhan Melaka.
Angkatan Portugis datang lagi dengan tujuan untuk menawan pelabuhan Melaka.
Tetapi, sepuluh hari kemudian...

Kerajaan Melayu Melaka pun dikalahkan oleh angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso d'Albuquerque. Perahu dan bahtera pahlawan Melayu terlalu kecil

Akhirnya, LENYAPLAH kerajaan Melayu Melaka
Akhirnya, LENYAPLAH kerajaan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka ini wujud selama 110 tahun sahaja.
Kerajaan Melayu yang lain di Alam Melayu tidak berupaya melawan kuasa Portugis.
1511 : TARIKH BERMULA
KERAJAAN MELAYU DIJAJAH TERPINGGIR DAN JADI
BANGSA DHAIF

MEMPERTAHAN KONTRAK SOSIAL

Orang Melayu sedar bahawa zaman berubah, cabaran-cabaran juga berubah dan semestinya memerlukan cara-cara baru untuk sentiasa kekal dalam sesuatu masa dan zaman.

• Namun begitu, ianya tidak sama sekali harus mengorbankan semua yang lama atau yang telah dipersetujui bersama oleh pemimpin sederhana Perikatan (UMNO/ MCA/ MIC) semata-mata untuk mengakomodasi atau memenuhi tuntutan generasi baru.

Generasi pelapis mesti memiliki deria sejarah yang peka dengan mempertahankan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan segala yang telah dipersetujui oleh pengasas kemerdekaan dahulu tanpa cuba merombak keseimbangan politik yang telah terwujud lama.

• Menerangkan dengan yakin bahawa intipati kemerdekaan dan semangat pembentukan Malaysia adalah berteraskan politik pemuafakatan dan tawar menawar.

MEMBINA TAMADDUN


• Kita berada dalam satu zaman yang bergerak pantas dengan arus global yang sentiasa bergolak dengan pertembungan idea dan persaingan kuasa pada skala yang belum pernah terjadi di dalam sejarah dunia.

• Melayu adalah bangsa dinamik yang telah meluaskan jalur sempadan sejak berzaman dan telah punya budaya dan tamadun yang berusia lebih 2000 tahun, tetapi penjajahan selama 446 tahun telah menenggelamkan segala kegemilangan silam, sehingga sekarang (selepas 50 tahun merdeka) kita masih mencari apakah nilai yang mencerminkan bangsa Melayu kepada dunia luar.

Tamaddun Melayu tidak bermula dengan kemerdekaan tanah air. Tradisi kesarjanaan dan keilmuan tidak bermula dengan tertubuhnya universiti pertama di negara ini. Orang Melayu telah membuktikan keunikan, kehebatan dan nilai geniusnya dengan mempunyai sejarah yang panjang dan gemilang serta penuh warna warni.

• Jepun terkenal dengan teknologi yang bermutu tinggi dan budaya kerja yang menakjubkan. Amerika Syarikat dengan kehebatan ilmu dan kuasa ketenteraan. China, jaringan ekonomi seantara dunia. Korea, kekuatan ekonomi digital dan industri elektronik dan terbaharu Vietnam, dengan transformasi dan kekuatan jati diri.

Maka, orang Melayu mesti membina tamadun untuk 50 tahun mendatang dengan kekuatan dan jati diri yang terbentuk dari sejarah, nilai budaya, kekuatan bahasa, kekuatan minda dan terpenting kekuatan agama.

• Bahasa Melayu mesti terus dijadikan asas kepada pembinaan tamaddun Melayu yang berilmu dan berteknologi tinggi kerana bahasa akan membentuk jiwa bangsa ini. Khazanah unggul bahasa Melayu mesti disebarkan luar di nusantara.

Mengenalpasti kaedah pembentukan lima (5) minda masa depan iaitu minda berdisiplin, minda sintesis, minda kreatif, minda menghormati dan minda beretika serta penerapan teknologi moden di dalam budaya Melayu dengan memperluaskan penggunaan istilah-istilah sains dan teknologi supaya tersebar luas dan digunapakai oleh media massa.

• Menjadikan Malaysia sebagai hub kepada segala ilmu Islam moden yang digunapakai di dalam perkembangan teknologi, perdagangan dan sistem ekonomi dunia dengan memperluaskan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dengan IPT Islam sluruh dunia, termasuk IPT yang terbentuk di Barat.

Menguatkan jaringan ekonomi dan sosio budaya di kalangan dunia Islam serta membuka peluang seluasnya kepada penyertaan dunia Islam di dalam rancangan pembangunan Malaysia termasuk dalam program-program pembangunan WPI, NCER dan ECER.

MELAYU mempunyai sejarah yang panjang. Bermula lama sebelum sejarah kegemilangan MELAKA. Melayu adalah bangsa pedagang dan pelayar. Dihormati dan dikagumi sehingga suatu ketika Maharaja Cina mengirimkan Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan MELAKA

Sunday, March 28, 2010

JATI DIRI DAN SEJARAH PERJUANGAN BANGSA MELAYU


MEMAHAMI SEJARAH PERJUANGAN BANGSA
• Di Tanah Melayu, ketuanan atau kedaulatan kerajaan Melayu wujud sejak lebih dari 500 tahun yang lampau apabila Melaka di buka oleh Parameswara. Cabaran pertama datangnya ketika Melaka diserang oleh angkatan Siam pada 1447. Ketika itu Melaka diperintah oleh Sultan Muzaffar Shah. Angkatan Siam ini dapat dikalahkan. Sebelum ini Siam telah pernah menggugat Melaka sejak zaman pemerintahan Parameswara lagi. Kedudukannya yang baik dan kekayaan sumber alamnya menyebabkan Tanah Melayu sentiasa menjadi rebutan kuasa-kuasa asing.


Pedagang Eropah berniaga rempah ratus dan lada hitam di Tanah Melayu dan kerana rempah ratus dan lada hitam ini juga mereka menjajah Tanah Melayu. Pada tahun 1509, pedagang Portugis mula datang ke Melaka dan sambil berdagang, mereka menggugut Sultan dan kerajaan Melayu Melaka. Dan apabila Portugis mula menyerang Melaka, Hang Tuah pernah berkata ‘Takkan Melayu hilang di dunia’. Namun, sepuluh hari selepas itu, Melaka ditawan oleh Portugis pimpinan Alfonso d’Albuquerque. Sejak hari itu, bermulalah episod penjajahan dan penghakisan ketuanan Melayu di Tanah Melayu.

Penghakisan ini berlanjutan dan silih berganti antara Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun selama lebih 450 tahun. Kesultanan Melayu Melaka hanya wujud selama 110 tahun sahaja dan kerajaan Melayu yang lain di alam Melayu tidak berupaya melawan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Penjajahan Portugis menyebabkan Hang Tuah hilang dan pengantinya tidak muncul-muncul sehinggalah lahirnya Dato’ Onn Jaafar, anak kelahiran Johor yang mengasaskan penubuhan UMNO.

Pada masa penjajahan Inggeris, penguasaan dan penghakisan ketuanan Melayu berterusan melalui Perjanjian Pangkor dan Sistem Residen. British memecah belahkan ketuanan Melayu melalui kewujudan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Penglibatan orang-orang Melayu dalam perniagaan khususnya dalam perlombongan bijih timah turut disekat. Orang-orang Cina dan India pula dibawa masuk dengan ramainya. Ada di kalangan orang Melayu mula memberontak. Pada November 1875, Birch dibunuh di Pasir Salak. Pembunuhan Birch telah mengubah sikap Inggeris terhadap orang Melayu di Tanah Melayu.

Inggeris menyedari bahawa orang Melayu juga mempunyai potensi untuk menentang kuasa mereka menggunakan kekerasan. Nama-nama seperti Mat Kilau, Datuk Maharaja Lela, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Ngah Ibrahim, Dol Said, Datuk Siamang Gagap, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain lagi merupakan pejuang Melayu yang menunjukkan penentangan terhadap Inggeris.

Apabila Perang Dunia Kedua pula meletus, maka Tanah Melayu sekali lagi dijajah oleh Jepun. Dan setelah Jepun tewas, belum pun sempat orang Melayu menyusun pentadbiran dan memulihkan ketuanan kerajaan Melayu, Tentera Bintang Tiga atau MPAJA yang kebanyakan anggotanya terdiri daripada orang-orang Cina pula menguasai Tanah Melayu. Di Batu Pahat dan Muar, Johor, orang Melayu menyambut kehadiran tentera Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) dengan menubuhkan pasukan parang panjang yang dipimpin oleh Kiyai Salleh.

• Semasa kekacauaan Bintang Tiga ini, maka datang pula penjajah Inggeris yang dulunya gagal mempertahankan Tanah Melayu dari serangan tentera Jepun. Penjajahan semula Inggeris datang bersamanya usaha menubuhkan Malayan Union oleh Sir Harold MacMichael pada Ogos 1945. Seperti yang pelajar sedia maklum, Malayan Union ini ditentang oleh orang-orang Melayu. Penentangan ini kerana orang-orang Melayu sedar Malayan Union bertujuan untuk menyisih dan menghapuskan orng-orang Melayu dari Tanah Melayu.

Apabila penjajah Inggeris mengadakan Majlis Perlantikan Gabenor Malayan Union, orang-orang Melayu telah mengadakan Kongres Melayu yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar di Kuala Lumpur yang bertujuan untuk menentang gagasan Malayan Union. Kesan kongres ini maka majlis perlantikan Gabenor Malayan Union tersebut telah dipulaukan oleh Raja-Raja dan Pembesar Melayu atas permintaan rakyat Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar.

• Gagasan Malayan Union yang memusuhi Melayu ini telah menyedarkan mereka akan nasib masa depannya yang gelap. Peristiwa ini telah membantu menyatukan mereka buat kali pertamanya sejak kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Pada 1 Mac 1946, orang-orang Melayu telah mengadakan Hari Perpaduan Melayu di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Mereka melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’. Dan pada 11 Mei 1946, orang-orang Melayu telah mengadakan perhimpunan di Istana Besar Johor Bahru yang membawa kepada penubuhan PEKEMBAR. Dengan itu maka tertubuhlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan itu, bermulalah usaha bagi memerdekakan Tanah Melayu selepas dijajah selama lebih 450 tahun.

Usaha mendapatkan kemerdekaan dimulai dengan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948), yang melibatkan Raja-Raja Melayu, pemimpin Melayu dan pegawai-pegawai Inggeris. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948) ini dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar.

Pada tahun 1948 juga turut menyaksikan penentangan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu dan dengan ini bermulalah episod perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan ketuanan Melayu dari serangan Parti Komunis Malaya. Penentangan ini memakan korban yang ramai di kalangan askar dan polis Melayu. Antara contoh pengorbanan ini ialah Peristiwa Bukit Kepong dimana pada 23 Februari 1950, seramai 250 orang tentera Parti Komunis Malaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong, di Hulu Muar. Mereka membunuh kesemua pegawai polis Melayu yang bertugas, isteri dan anak-anak mereka.

Beberapa orang awam juga turut terbunuh. Kesemua yang mati ialah 25 orang (19 anggota polis, 2 isteri polis dan 2 anak keluarga polis. Empat orang anggota polis yang terselamat mengalami cedera parah. Anggota polis dibantu oleh Penghulu Ali dan anak-anak buahnya serta kesemua isteri anggota polis tersebut. Begitulah kentalnya perjuangan orang-orang Melayu menentang penjajahan Inggeris dan komunis di Tanah Melayu. Kekentalan inilah yang menjadi pendorong kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Berkat kepimpinan pemimpin Melayu, maka orang Melayu telah mulai mengecapi nikmat kemerdekaan. Selepas dicabar dengan gagasan Malayan Union, pemimpin Melayu mula menunjukkan kebijakan dalam politik dan perjuangan. Kekentalan semangat Dato Onn Jaafar telah berjaya menolak gagasan Malayan Union. Usaha dan diplomasi Tunku Abdul Rahman pula telah membolehkan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Manakala kebijaksanaan dalam kepimpinan Tun Abdul Razak pula, membolehkan Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan. Tun Abdul Razak telah melaksanakan transformasi dan pembangunan masyarakat Melayu dengan jayanya.

Pada masa Tun Hussein Onn pula, perancangan pembangunan perindustrian telah diberi penekanan. Pada masa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad pula, pemodenan bangsa Melayu telah diperhebatkan. Kelas menengah Melayu telah bertambah dengan ketara. Bilangan profesional dan korporat Melayu semakin ramai. Dan apabila Pak Lah mengambilalih kepimpinan negara, beliau memantapkan perencanaan bagi menguruskan kejayaan dan berusaha untuk membawa Malaysia dan orang Melayu ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Jelas bahawa ditangan kita sendiri, bangsa Melayu berupaya menguruskan negara jauh lebih baik dari penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Dalam tempoh 48 tahun sahaja, wajah Malaysia telah berubah dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara berteknologi tinggi.

Di bawah Wawasan 2020, kita mempunyai sekitar 12 tahun lagi untuk membawa Malaysia ke tahap negara maju. Wawasan 2020 inginkan supaya negara kita membangun dengan lebih pesat dalam segala bidang dan rakyatnya hidup selesa, aman dan damai. Wawasan ini akan tercapai jika kita sentiasa berhati-hati dalam membuat pemilihan serta keputusan berdasarkan pengetahuan sejarah bangsa kita.

Namun semua ini hanya akan kekal impian semata-mata jika orang Melayu berpecah dan lemah yang akan menyebabkan nasib dan masa depan anak-anak Melayu tidak terjamin. Dalam kita merancang untuk masa depan, suka saya mengingatkan kepada generasi muda bahawa perjuangan bangsa Melayu merupakan sebahagian daripada pengetahuan sejarah. Pengetahuan ini mungkin kita pelajari untuk lulus perperiksaan, namun ini tidak mencukupi. Para pelajar perlu menghayati sejarah perjuangan ini kerana memahami sejarah perjuangan Melayu boleh membantu kita mempertahankan jatidiri (identiti) serta menjana kekuatan kita sendiri

Pada 1948, mungkin orang Melayu masih belum terfikir apakah impian mereka untuk membangun dari segi ekonomi akan menjadi kenyataan. Pada hari ini, kita yakin berkat perpaduan orang-orang Melayu, maka kita mempunyai masa depan yang cerah. Perjuangan membangunkan bangsa Melayu masih belum selesai dan sekiranya kita tidak menyelesaikannya, maka kita sebenarnya mengkhianati perjuangan yang diasaskan oleh Dato Onn Jaafar dan pemimpin-peminpin terdahulu daripada kita.

Dalam kedudukan hari ini, selepas PRU12, kita menyaksikan penghakisan kuasa politik orang-orang Melayu. Di Perak, walaupun orang Melayu adalah Menteri Besar tetapi majoriti ahli Exco adalah dari DAP. Perlu ditegaskan bahawa pada tahun 1969 DAP menjadi pencetus Peristiwa 13 Mei dan mencabar dengan begitu hebat ketuanan Melayu. Hari ini cabaran tersebut berulang semula.